dilaRANg bacA !!! dilaRANg bacA !!! dilaRANg bacA !!! dilaRANg bacA !!! dilaRANg bacA !!! dilaRANg bacA !!! dilaRANg bacA !!! dilaRANg bacA !!! dilaRANg bacA !!! dilaRANg bacA !!!

Thursday 26 May 2011

C.I.N.T.A

Cinta: sebuah definisi.

Ada banyak definisi cinta. Ada banyak jenis cinta. Ada banyak bahagian cinta. Pendek kata, selagi namanya manusia, cinta itu banyak persepsinya :)




C.I.N.T.A= commitment-intuitive-nature-top-altruistic 




1) Cinta itu KOMITMEN.
Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.

Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah :)

2) Cinta itu intuitive: NALURI.


Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, "cinta itu di hati". Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.

Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?

3) Cinta itu sebahagian nature: FITRAH


Cinta itu fitrah. Betul :) Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayangi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cintapada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.

4) Cinta sering terletak di puncak: TOP


Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan. 

5) Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.

Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. Bak kata Ustaz Hasrizal, makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.

Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna. Bila kita tolong orang, Allah akan membantu kita, menambah nikmat untuk kita. Indahnya.....
--------------------

Terlalu byk definisi cinta tapi bg saya cinta itu kadang-kala terlalu memeritkan dan kadang-kala ia menjadi terlalu indah kerana cinta itu sukar ditafsirkan tp cinta itu menjadi indah apabila pasangan kita sanggup 'berkongsi' suka dan duka dlm perhubungan dan hanya orang yang merasainya akan mengetahui pahit manis percintaan itu. Saya sendiri amat yakin, ia ada pada Tuhan, kembali dan datang dari Tuhan. Tiada yang lain. Bila cinta kerana Allah, susah senang kita redha. Bila cinta untuk Allah, kita usahakan menurut apa yang Allah perintah. Dia cinta utama. Bila DIA yang utama, segalanya kan berhikmah, dipimpin dan dipantau sentiasa, insyaAll

*apabila mencintai seseorang. cintailah dgn penuh kejujuran dan keikhlasan..kerana itulah cinta sejati..


SELAMAT MEMBACA ! HAHA :D <3

No comments:

Post a Comment